Khamis, 12 Januari 2012

'TAKUT KEPADA ALLAH.'

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan
malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi
atas apa-apa yg dilakukan oleh manusia. Baik @
buruk, taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota
badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi
kesaksian bagi mukmin & zahid, seraya berkata,
"Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji & berjihad di
atasku." Maka legalah org mukmin & zahid itu. Ia
memberikan juga kesaksian atas org kafir & org
derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah
musyrik, berzina, minum arak dan makan
haram." Bumi itu akan membantah
pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg takut kpd Allah &
seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-
Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kpd Allah
itu kelihatan dlm 7 perkara."
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan drp
dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual
kosong & banyak bercakap. Malah
menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-
Qur'an & muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa
permusuhan, kebodohan & kedengkian
terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian
dpt menghapuskan kebaikan. Sebagaimana
Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu
dapat memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad
itu penyakit hati yg amat berbahaya. Tidak ada
ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu &
amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka
memandang pd makanan, minuman, pakaian
@ hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pd
dunia. Tetapi dia memandangnya dgn
mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah
bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya
dgn perkara haram, maka Allah akan
memenuhinya drp api pd hari Kiamat."
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi
barang yg haram. Itu dosa besar.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; "
Manakala sesuap drp barang haram masuk ke
perut seseorg, maka seluruh Malaikat di langit
& di bumi melaknatinya selama sesuai @
seteguk barang itu berada di dalam perutnya.
Jika dia mati dlm keadaan demikian, maka
tempatnya di Neraka."
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak
menggunakan untuk perkara yg haram.
Tetapi hanya menggunakannya utk taat kpd
Allah. Dirawikan drp Ka'ab Akhbar, dia
berkata; "Sesungguhnya Allah SWT tlh
menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di
dalamnya terdpt 72 ribu aula. Setiap aula
terdpt 70 ribu pondok. Tidak ada yg blh
masuk ke situ, selain org yg ditawarkn barang
haram, namun dia menolaknya krn takut kpd
Allah."
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan
utk maksiat. Tetapi hanya melangkah utk taat
kpd Allah, mencari keredhaanNya serta utk
bergaul dgn para ulama, org-org soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan
ketaatannya semata-mata utk mencari
keredhaan Allah. Takut pd riak & munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka
dia termasuk dlm katogeri org-org yg dikatakan
oleh Allah SWT;
"Sesungguhnya org-org yg bertaqwa dlm
kebun-kebun & mata air (Syurga)."


Abdul Aziz Ar-Ra'uuf  

“Seorang mukmin mestinya sedih setiap pagi dan sore, dan tak ada yang lebih pantas baginya selain itu.
Itu karena dirinya senantiasa dihimpit dua kekhawatiran; dosa dimasa lalu, yang ia tak tahu apa yang akan diperbuat Allah terhadapnya, dan umur yang tersisa, yang ia tak tahu dosa besar apa yang bakal diperbuatnya.” (Hasan al-Bashri Rahimahullah)
 Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat  
yang dimuliakan Allah SWT. .
  • Ketahuilah wahai sahabat dan peringatan buat
    diriku,sesungguhnya setiap amal akan diperlihat
    pada orangnya dan tidak akan ia mati sebelum
    ... melihat kebaikan dan keburukan
    amalnya.Sesungguhnya amal itu ditentukan pada
    akhir hayatnya.Siang dan malam selalu silih
    berganti memperlihatkan akan kita tanda-tanda
    Kebesaran-Nya dan Kemurkaan-Nya maka
    tempuhlah ia dengan amal yang baik hingga
    sampai ke akhirat.Jangan sesekali suka menunda
    kerana mati itu bila-bila masa akan terjadi.Dan
    jangan terpedaya kerana sesungguhnya Neraka
    lebih dekat kepada kita.
    Apa yang mampu diriku berikan dalam facebook
    ini ialah wasiat buat sahabat iaitu:
    *Bertaqwa kepada Allah
    *Berbicara yang benar
    *Teguh memegang janji
    *Menyampaikan amanat
    *Meninggalkan khianat
    *Mengasihi anak yatim
    *Menjaga tetangga
    *Menahan amarah
    *Berbicara lembut tetapi tegas
    *Memberi salam
    *Setia pada imam
    *Memahami Al-Quran
    *Menyukai Akhirat dan berhati-hati dengan dunia
    *Memperihatinkan hisab
    *Memendekkan angan-angan
    *Menjaga lisan
    *Dan beramal yang baik.
    Beringatlah. .pintu yang sentiasa terbuka sehingga
    matahari terbit dari arah yang sama(dengan
    terbenamnya) ialah pintu taubat.Dapatkah ahli
    saintis mengira berapa lama lagi Matahari itu akan
    terbit dari arah yang kita takutkan. .Sedarlah bumi
    berpusing pada paksinya lantas ia terus
    mengelilingi matahari,apakah kita sedar laluan itu
    akan berubah sedikit demi sedikit.
    Sebelum itu semua terjadi saya mewasiatkan agar
    melarang sahabat dan buat peringatan diriku
    sendiri iaitu:
    *Janganlah memaki orang Islam berhati-hati
    dengan lidah.
    *Janganlah membenarkan orang dusta
    *Janganlah mendustakan orang benar
    *Janganlah menderhakai imam adil dan orang tua
    *Janganlah berbuat kerosakan dimuka bumi
    Beringatlah agar selalu mengingati Allah dan
    BERPEGANG  TEGUHLAH  KALIAN PADA  AL-QURAN
    DAN  SUNNAH  RASULULLAH
     
    serta memperbaharuilah taubat untuk setiap dosa yang
    tersembunyi dengan sembunyi dan yang terang
    pun dengan terang-terangan.