Khamis, 12 Januari 2012

PETUA UNTUK MEMAHAMI ORANG LELAKI.

# PETUA UNTUK MEMAHAMI ORANG LELAKI.# 
- Apabila seseorang lelaki
menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita
yang pandai menjaganya, mengemas rumah,
... menyediakan makanan dan menghabiskan waktu
intim bersama, wanita harus percaya bahawa
itulah yang lelaki tersebut inginkan. Ini bukan
bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi
kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa
menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar
difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki
adalah mudah sahaja.

Jangan Paksa Lelaki - Apabila seseorang wanita
mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya
mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu
yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka
adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik
perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi
seseorang wanita itu membaca bahasa badan
lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak
dalam corak perlakuannya.

Pentingkan Kejujuran - Sama seperti wanita,
golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika
lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka
bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar
kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi
secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang
suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah
tangga mereka daripada pengetahuan umum.