Selasa, 17 Januari 2012

LALUAN TIPU DAYA SYAITAN.

Ketahuilah. .Jangan butakan mata hati dengan terpedaya tipuan dunia.Jadikanlah hati sebagai benteng pertahanan dengan mencuba sedaya upaya memperkukuhkan dan meningkatkan ... ketaqwaan dalam hati.Walaupun kita mempunyai akal yang cerdik tetapi andaikan dalam hati tiada ketaqwaan yang kukuh nescaya hanya hawa nafsu
saja yang akan memerintah dan menguasai manusia. Maka menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib fardhu ain. Bagaimana agar kita mampu menolak syaitan dari
terus menggoda ?Kita seharusnya mengetahui lorong-lorongnya melalui dari sifat kita.lorong-lorong tersebut ialah:  
*Marah-marah merupakan belenggu akal.Seandainya akal kita lemah para angkatan
syaitan akan menyerbu dengan menambahkan lagi api kemarahan.Banyak kemarahan seseorang itu adalah seperti permainan syaitan seperti anak kecil
memainkan bola. Telah tersebut bahawa Ba'dhul Auliya berkata kepada Iblis,'Perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?Iblis berkata,'Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan.'
 
  • *Kerakusan-Lorong kerakusan yang ada pada sifat
  • manusia merupakan lorong buat syaitan agar terus 
  • menggoda dan menakluk hati manusia.Kerakusan 
  • boleh membuat seseorang buta dan tuli.
    Memandang dan mendengar sesuatu kebaikan
  • tetapi disebaliknya ia adalah palsu.Syaitan bijak didalam membuat tawar menawar dalam segala cara untuk mencapai keinginannya meskipun cara
    itu mungkar dan keji.

    *Hasad-Hasad dan rakus adalah merupakan lorong yang amat bahaya.Kerana hasadlah syaitan dilaknat dan direjam dan kerana rakuslah yang telah
    menyebabkan Adam dan Hawa terkeluar dari syurga.Di era zaman ini hasad dan rakus semakin berleluasa sehingga ada yang sanggup menggadaikan nyawa dan menyekutukan Allah. *Kenyang-Cuba kita renungkan sejenak manusia
    pada zaman ini. ?Apakah yang akan terjadi bilamana manusia melihat makanan kegemaran. ? Tentu mengguirkan dan bila kenyang umpama ular sawa tertidur merehatkan diri agar dapat menghadamkan makanan yang banyak didalam
    perut.Ingatlah ini lorong syaitan yang melemahkan iman kita.Menggoda agar kenyang makan meskipun halal.Ingatlah kenyang akan menguatkan
    syahwat sebagai pedang syaitan.
     


    *Tergesa-gesa-Ingatlah,syaitan senantiasa  mengawasi gerak gerak manusia.Bila manusia tidak mengingati Allah,syaitan akan meletakkan belalainya di hati manusia dan akan meniupkan kejahatannya.
    Rasulullah SAW bersabda:
     

    'Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.Ketika tergesa-gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekirannya dia tidak tahu.'
    Maka,apapun yang kita hendak lakukan mahupun apa yang hendak kita fikirkan,terlebih dahulu niat itu amat penting dalam hati dan semailah sifat sabar
    dalam diri kita pada setiap detik agar langkah kita akan menjadi lebih baik justeru sabar itu dapat memberi ruang pada akal agar kita dapat memikirkan perkara-perkara yang terbaik dalam kehidupan.

    *Bakhil dan takut fakir-Lorong ini umpama membuat syaitan bergoyang kaki sahaja.Orang yang bakhil sememangnya ada rasa tidak mahu sedekah dan infak.Lorong ini adalah umpan syaitan dimana manusia yang telah dikuasai oleh
    kerakusan dalam mengumpulkan harta.

    *Fanatik kepada mazhab,syirik,bermusuhan dan memandang hina kepada pihak yang lain adalah merupakan lorong syaitan juga.Semua itulah yang merosakkan abid dan fasik.Hasan ra berkata:

    'Sampai kepadaku bahawa Iblis berkata,'Telah kujerat umat Muhammad SAW
    yang derhaka,namun mereka pecahkan punggungku dengan istigfar.Lalu ku jerat mereka dengan dosa yang tidak boleh diampunkan,iaitu syirik.'Di era zaman ini berapa ramai yang telah tidak sedarkan diri sedangkan kita telah mengetahui syirik itu akan menarik kepada maksiat.
     
  • Tempat Tinggal Iblis
     Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya :
     "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk
    mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu ... tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
    Firman Allah: 
    "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." 
    Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
    Firman Allah:
     "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab
    malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka  membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
    Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
    Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
    Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"
    Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
    Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
    Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
    Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
    Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
    Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."
    Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
    Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
    Sabda Rasulullah saw :
     " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
    (Hadis Riwayat Muslim)
    Kelemahan iblis :

    1. Di hadapan orang yang ikhlas...
    2. menghadapi orang yang berilmu...
    3. Lari dari suara azan... 
    4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah.....
    5. Menyingkir dari orang yang berdzikir kepada Allah....
    6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah...