Khamis, 12 Januari 2012

PETUA UNTUK MENENANGI HATI ISTERI.

PETUA UNTUK MENENANGI HATI ISTERI.

1. Bila sahaja anda pulang ke rumah, carilah dia
dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan
peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu
menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang
untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta
bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan
masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam
setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang
mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi
pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa
hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam
Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang
hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda
untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa
letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal
agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan
bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya
atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah
kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan
padanya rasa simpati anda dan nyatakan
kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'.
Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan
bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian
akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang
dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir
mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda
pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah
dia yang menggusarkan anda dengan cara yang
hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu
agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda
dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,
letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang
anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian
sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh
pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh
pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah
dia menggosok bekas yang sukar atau kerja
membasuh yang sukar.
  • Aldrin Nur AL Qarin Lina@. .maksudnya mcm ni. .adeh rndu penang lak saya. .mcm ni,sememang lepas kawin baru dapat test semua tu tetapi seandainya belum kawin,dapat mempelajari melalui pendekatannya membantu ibu at rumah.test yang dmaksudkan kita merasakan terlebih d dalam diri kita sendiri. .erti kata lain membayangkan dgn cara yg positif. .bg lelaki yg anak buah@ anak saudara at rumah tu boleh lah menolong menjaganya.bg saya dari keadaan mcm tu saya rasa lelaki yg belum kawin dapat merasakan tanggungjwb d dalam alam rumahtangga.
    23 jam yang lalu · · 1

  • Aldrin Nur AL Qarin Bila d alam percintaan jgn hanya pandai membayangkan menjaga hati kekasih tetapi belajarlah membayangkan seandainya bila dah berumahtangga apa yg harus dbuat. .
    22 jam yang lalu · · 1

  • Lina Abdullah aldrin@ ye btl, lina sokong aldrin...cmtu lh, kan dh lengkap ilmu nie...hmm...it was nice...
    22 jam yang lalu · · 1

  • Aldrin Nur AL Qarin lina@. .tapi mampu kah saya ni nanti ek. .
    22 jam yang lalu · · 1

  • Lina Abdullah aldrin@ insya'allah...dgn niat, pasti awk mampu...ikut lh sunnah nabi Muhammad s.a.w. Rasenye info yg aldrin senaraikan tu m'nepati tuk era skrg, lau x bleh wat sume, s'paruh sudah m'madai...kte harus bljar m'beri dan m'nerima...saling m'lengkapi antara satu sama lain...
    22 jam yang lalu · · 2

  • Aldrin Nur AL Qarin Lina@betul2. .
    22 jam yang lalu · · 1

  • Lina Abdullah aldrin@ hah..cmtu lh, nie bru lh aldrin, x mudah ptus asa...s'tiap masalah pasti ade jln keluar Insya'allah...sbb Islam itu indah...tuk x?
    22 jam yang lalu · · 2

  • Aldrin Nur AL Qarin Lina@. .betul2.
    22 jam yang lalu · · 1