S E D E K A H
Sedeqah itu luas dan nikmat. Mudahnya untuk bersedeqah. Di dalam diri
kita ada 365 lebih ruas di dalam badan. Setiap pagi kita kena beri hak
tulang belulang sedeqah padanya. Sedeqah: 1-Setiap ucapan Tasbih
‘Subhaanallah’ itu sedeqah. 2-Setiap ucapan Tahmid ‘Alhamdulillah’ itu
sedeqah. 3-Setiap ucapan Tahlil ‘Laa ilaa h...a
illallah’ itu sedeqah. 4-Setiap ucapan Takbir ‘Allahu akhbar’ itu
sedeqah. Maka dilengkapi dengan melakukan Solat Dhuha itulah
kesempurnaan sedeqahnya dan akan sentiasa terikat kepada Allah swt.
-kita seru diri kita sendiri kepada kebaikan itu sedeqah. -kita seru
diri kita kepada amar maaruf itu sedeqah. -gembira melihat orang lain
bersedeqah itu juga mendapat pahala bersedeqah walaupun tatkala itu kita
tidak berkemampuan memberi sedeqah. Dalam hidup kita jangan marah
kepada Allah, hendaklah sabar, taqwa dan berkali-kali minta dan berdoa
kepada- Nya. Mintalah dengan cara beradab, insyaallah Allah beri
tambahan kebaikan.
MEMBACA AL QUR'AN
'Selain dari mengingati mati. .kita sebagai umat
Islam WAJIB mempelajari dan membaca Al-
Quran.Kenapa. ?Tepuk dada sakit woo,tanya selera
masing-masing.Tapi mesti diingat. .Jangan hanya
... sekadar membaca saja TETAPI WAJIB mengerti
... dan memahami serta merenungkan akan maksud-
maksud ayat suci Al-Quran. .Kenapa. ?Jangan
tepuk dada anda dua kali. .Cukuplah tepuk sekali.Takkan mahu mendapat
pengajaran sampai berulang kali.Dimana tanda kesyukuran kita setelah
Allah yang maha
pemurah lagi maha mengasihani hamba-hamba-
Nya, Dia telah menganugerahkan kepada kita Kitab Suci
Al-Quran sebagai panduan,petunjuk dan
peringatan-peringatan yang menyuluh buat kita
ke jalan yang lurus.
MENENANGKAN JIWA
'Seandainya
kita ingin menenangkan jiwa kita adalah. . yang terbaik kita mesti
mengingati mati.Yakni bila kita mengingati mati nescaya kita akan
mengenang segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. .beringatlah umur
itu mutiara dan ia merupakan satu amanat yang wajib kita jaga dan
memperhiasinya dengan amalan-amalan soleh.Seandainya kita menyuruh insan
mengingati dosa. .Apa yang mereka katakan. ?tepuk dada sakit woo.
.tanya selera masing-masing.Apa yang mereka kata?Bila kita kata
bertaubatlah?Begini mereka kata. .'Tunggulah tua nanti. .umur masih
muda'.'Belum tiba masanya nak bertaubat.'Aduhai. .seribu kali sayang
seandainya kita mempersia-siakan umur kita.