ENAM TINGKATAN IMAN.
1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
-Hasil daripada mengikut fahaman orang
lain,contohnya mengikut apa yang
dikatakan dan diajarkan oleh para Guru.
Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti
dan hujah dapat dikemukakan oleh
seseorang itu apabila timbul
keraguan.Hanya berpandukan
penerangan sesorang itu sahaja.
2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
-Hasil daripada pembelajaran mengenai
dalil-dalil dan hujah-hujah yang
berpandukan Al-Quran,hadis dan para
Ulama. Sesiapa yang telah mencapai
tingkatan iman ini,mereka akan berasa
yakin dan mampu untuk menerangkan
dan menghayati hakikat iman itu sendiri.
3. Iman yang terbit daripada
“Ayan”(ainun-mata)
-Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu
rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah
dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah
kepada insan yang terpilih sahaja
4. Iman yang terbit daripada “Hak”
-Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu
dapat melihat Allah dengan mata hati.
Juga dikurniakan kepada insane terpilih
sahaja
5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada
melihat selain dari Allah SWT. Para Wali
Allah hanya dapat mencapai sehingga ke
tingkatan iman ini. Dimana mereka
menjadi fana’ kepada Allah dan tidak
dapat menyedari dan mengawalnya.
6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul
hakikat”
-Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi
tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah
kepada para Anbia sahaja. Dimana para
nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan
dapat melihat zat Allah itu tetapi masih
mampu untuk mengawalnya dan hidup
seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah
dapat melihat syurga dan neraka ketika
Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun
kebumi dan dapat hidup seperti manusia
biasa.
Oleh itu,marilah kita sama-sama
menanam azam di hati untuk
mempelajari dan meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita semua
sehingga sekurang-kurangnya mencapai
tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini
hanya dapat dicapai dengan
mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu,
sama-samalah kita mensucikan hati kita
ini daripada sifat-sifat yang tercela yang
selama ini telah menutup mata hati kita
daripada mengenal Allah SWT.Semoga
kita semua sentiasa dibukankan pintu hati
oleh Allah SWT untuk dipermudahkan
mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal
alamin…
1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
-Hasil daripada mengikut fahaman orang
lain,contohnya mengikut apa yang
dikatakan dan diajarkan oleh para Guru.
Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti
dan hujah dapat dikemukakan oleh
seseorang itu apabila timbul
keraguan.Hanya berpandukan
penerangan sesorang itu sahaja.
2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
-Hasil daripada pembelajaran mengenai
dalil-dalil dan hujah-hujah yang
berpandukan Al-Quran,hadis dan para
Ulama. Sesiapa yang telah mencapai
tingkatan iman ini,mereka akan berasa
yakin dan mampu untuk menerangkan
dan menghayati hakikat iman itu sendiri.
3. Iman yang terbit daripada
“Ayan”(ainun-mata)
-Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu
rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah
dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah
kepada insan yang terpilih sahaja
4. Iman yang terbit daripada “Hak”
-Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu
dapat melihat Allah dengan mata hati.
Juga dikurniakan kepada insane terpilih
sahaja
5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada
melihat selain dari Allah SWT. Para Wali
Allah hanya dapat mencapai sehingga ke
tingkatan iman ini. Dimana mereka
menjadi fana’ kepada Allah dan tidak
dapat menyedari dan mengawalnya.
6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul
hakikat”
-Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi
tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah
kepada para Anbia sahaja. Dimana para
nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan
dapat melihat zat Allah itu tetapi masih
mampu untuk mengawalnya dan hidup
seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah
dapat melihat syurga dan neraka ketika
Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun
kebumi dan dapat hidup seperti manusia
biasa.
Oleh itu,marilah kita sama-sama
menanam azam di hati untuk
mempelajari dan meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita semua
sehingga sekurang-kurangnya mencapai
tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini
hanya dapat dicapai dengan
mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu,
sama-samalah kita mensucikan hati kita
ini daripada sifat-sifat yang tercela yang
selama ini telah menutup mata hati kita
daripada mengenal Allah SWT.Semoga
kita semua sentiasa dibukankan pintu hati
oleh Allah SWT untuk dipermudahkan
mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal
alamin…