Khamis, 12 Januari 2012

HARI JUM'AT 1

MERINDUKN ALLAH SWT.

Brgsiapa mengakui 3 hal, namun tidak bersih dari 3
hal, bererti dia tertipu.
1. Mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia
masih cintakan dunia.
2. Mengaku ikhlas beramal,
tetapi suka penghormatan manusia kpdnya.
3. Dia
mengaku cinta kpd Khaliknya, tetapi masih
menurut nafsunya.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam buat sahabat yang dikasihi. .

'Lupa pada Allah akan menambah kerugian,
menghilangkan nikmat dan menghalangi
pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula
menambah kedengkian dan penyesalan.
Firman Allah SWT yg bermaksud;
"Barangsiapa yg menghendaki tanaman(pahala)
Akhirat, Kami tambahi pahalanya itu dan siapa
menghendaki tanaman(pahala) dunia, Kami berikan
kepadanya dan tiada akan bahagianya di Akhirat."
(Asy Syuura:20)
Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat kepada sahabat2 yang dikasihi. .

Rasulullah SAW bersabda:
'Jibril datang kepadaku,Di tangannya membawa kaca putih dan katanya,'Inilah solat Jumaat yang telah diwajibkan oleh Tuhanmu agar menjadi hari raya bagi kamu dan segenap umatmu sepeninggalanmu.'Aku bertanya,'Apakah yang ada pada kami di situ?'Dia menjawab,'Untuk kamu ada masa di mana jika orang memanjatkan doa memohon suatu kebaikan,jika telah diberikan untuknya,maka Dia akan memberikannya dan jika tidak diberikan untuknya,maka Allah akan menyimpan saja untuknya.Atau bila dia mohon perlindungan dari keburukan yang telah tertulis untuknya,maka Allah akan melindunginya dari yang lebih besar daripada itu.Itulah Saidatul Aiyam bagi kita dan kita dan kita akan memohon kepada-Nya di Akhirat nanti hari tambahan.'
Aku berkata,'Dan kerana Dia berfirman,'Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di Syurga telaga yang lebih wangi daripada misik putih.Manakala pada hari Jumaat,Allah SWT turun dari 'illiyyin di atas Kursi-Nya,menampakkan kepada mereka sehingga mereka boleh memandang kepada wajah-Nya yang mulia.'

Baginda juga bersabda:
'Pada akhir zaman,umatku datang ke masjid duduk berkelompok-kelompok,yang mereka ingat hanya dunia dan cinta dunia.Maka jangan kau hampiri mereka.Allah tidak memerlukan mereka.'
KELEBIHAN HARI JUMAAT.

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan
hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat
atau kelebihan yang banyak antaranya seperti
berikut:
* Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
* Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi
Allah.
* Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi
keizinan untuk menziarahi Allah.
* Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
* Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam
a.s.
* Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat
diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat
ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
* Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam
seminggu.
* Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
* Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu
seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari
seksaan api neraka.
* Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada
malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi
pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
* Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan
malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

*Selawat:Zikrullah:Istigfar*