Isnin, 16 Januari 2012

~*;{@ HIKMAH SUJUD @};*~


Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh
Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW
berbanding dengan perintah yang lain seperti
puasa, zakat, haji dan lain-lain. Mungkin ada
segelintir di kalangan kita tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT
yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu
mempunyai kelebihan yang selalunya tidak
terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud
dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan
kepada perintah Allah SWT dan menjauhi
larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah
SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud
solat. Daripada Anas, katanya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah
sujud mu! Jangan membentangkan dua siku
seperti anjing (tidur).” Sujud ialah meletakkan
kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih
rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa
sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
hampir dengan Allah s.w.t.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu
mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan
datang menggoda. Sesetengahnya datang pada
setiap anggota badan supaya datang perasaan
malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang
pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,
sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan
mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga
sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-
bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di
belakang badan orang yang solat itu supaya ia
tidak dapat sujud lama kerana penat atau
sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa
ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh
mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti
oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam
sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui
bahawa ada beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah
paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan
tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita
dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk
dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan
sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan
(melebarkan) lengan di tanah seperti anjing.
Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu
juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan
kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua
anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota
sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya
sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana
diperintahkan Rasulullah SAW.
Hikmah Sujud - Antara hikmah lain sujud adalah
melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas
ketika sujud pula boleh:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang
yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
3. Melegakan sakit hernia (burut) 
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika
haid. 
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit
apendiks atau limpa. 
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh. 
8. Meringankan bahagian pelvis. 
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur. 
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher,
perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud. 
11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya
lebih kuat dan elastik, secara automatik
memastikan kelicinan perjalanan darah yang
baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu
menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan
terhindar daripada sakit buah dada. 
12. Mengurangkan Kegemukan - Pergerakan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
organ peranakan mudah kembali ke tempat
asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions) . 
Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa
rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali
gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan
sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang
lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal
fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di
dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah
sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal
dan sempurna. Marilah kita sama-sama
mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq
kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.