MALU IALAH SATU CABANG IMAN.
Rasulullah SAW bersabda,'Sesungguhnya syaitan
meletakkan belalainya di hati manusia.Jika dia
mengingat kepada Allah,belalai itu akan ditarik
kembali.Namun jika dia melupakan Allah,ditutupilah
hatinya.'
Pernah di suatu hari Nabi Yahya as berjumpa
dengan iblis.Dia bertanya,'Wahai Iblis,ceritakan
kepadaku siapa yang paling engkau sukai dan siapa
pula yang kau paling benci.?
Iblis menjawab,'Yang paling kusukai adalah orang
mukmin yang bakhil dan yang paling kubenci
orang fasik yang pemurah.'Yahya
bertanya,'Mengapa?'Iblis menjawab,'Kerana
kebakhilan orang bakhil itu telah cukup
bagiku.Sedang orang fasik yang pemurah,aku
bimbang kalau Allah membukakannya dalam
kemurahannya dan kemudian Dia menerimanya.'
'Buat apa nak malu andai kita kalah mahupun
tewas dengan insan lain tetapi lebih baik kita malu
andai kita kalah dan tewas dengan hawa nafsu
sendiri.'
by:Aldrin Nur Al Qarin.
Kemana arahnya sifat malu kita di era zaman ini. ?Tepuk dada sakit woo. .tanya selera masing-masing. .
Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya,'Adakah setiap kamu
ingin masuk Syurga?'Mereka menjawab,'Ya'.Kemudian Rasulullah SAW
bersabda,
'PENDEKKAN ANGAN-ANGANMU DAN MALULAH KEPADA ALLAH SWT DENGAN SESUNGGUHNYA.'
Mereka berkata,kami telah malu kepada Allah.'
Rasulullah SAW bersabda:
'Demikian itu bukanlah malu.Akan tetapi malu kepada Allah adalah
hendaknya engkau mengingati kubur dan seksanya,menjaga perut dan isinya
serta kepala dan isinya pula.Siapa ingin kemulian Akhirat ia tinggalkan
perhiasan dunia.Di sanalah malu seorang hamba kepada Allah sesungguhnya
dan dengan itu ia akan mendapat wilayah(kekuasaan)Allah.'
~*;{@ TITIAN SIRAT @};*~
Sesungguhnya pemeriksaan amalan di
Padang Mahsyar belum lagi sempurna
sehingga seseorang itu diperiksa atau
ditanya mengenai nikmat dan amalannya
di tempat pemeriksaan sewaktu melalui
Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.
Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan
tiada seorangpun di antara kamu
melainkan akan sampai kepadanya
(Neraka Jahannam) (yang demikian)
adalah satu perkara yang mesti (berlaku)
yang telah ditetapkan oleh
Tuhanmu.” (Surah Mariam ayat 71)
Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-
Muslim menulis, ulama besar
menetapkan bahawa sirat itu ialah satu
titian di atas permukaan api Neraka
Jahanam di mana semua manusia akan
meniti.
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan
padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau
pengait yang berduri seperti duri As-
Sa’daan melainkan tidak mengetahui
kadar besarnya melainkan Allah; mengait
manusia mengikut amalan
mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah
sampai kepadaku bahawa ianya (As-
Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih
tajam dari pedang” (Hadis Riwayat
Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah
bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah
menciptakan Sirat yang berada diatas
Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah
Neraka Jahanam yang sangat licin dan
menggelincirkan. Jambatan ini
mempunyai tujuh sekatan, dan setiap
sekatan jaraknya sama dengan
perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000
tahun itu, 1000 tahun merupakan
tanjakan yang tinggi, 1000 tahun
merupakan dataran, dan 1000 tahun
merupakan lereng yang curam. Ia lebih
kecil dari rambut, lebih tajam dari
pedang dan lebih gelap berbanding
malam yang pekat. Setiap sekatan
mempunyai 7 cabang, dan setiap
cabang bentuknya seperi panah yang
hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap
hamba diatas setiap sekatan tersebut dan
ditanya tentang perintah-perintah Allah
s.w.t”
11 JENIS MANUSIA DI DOA OLEH MALAIKAT.
PERCAYA kepada malaikat adalah antara
rukun iman . Ada malaikat yang
ditugaskan berdoa kepada makhluk
manusia dan sudah tentu seseorang
yang didoakan malaikat mendapat
keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat
memerlukan bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian mencabar.
Bantuan dan sokongan malaikat sangat
diperlukan.Kali ini penulis ingin
menyenaraikan antara jenis manusia
yang akan menerima doa malaikat.
Ketika itulah sewaktu kita menghadapi
masalah, kerumitan, keperluan dan
bimbingan, bukan saja kita perlukan
kekuatan doa dari lidah, tetapi juga
sokongan malaikat.
Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan
biarkan diri di mamah usia dengan
kekosongan rohani. Isikan dengan zat-
zat yang berguna. Sebaik-baik rumah
adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan
solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah
Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah
neraka. Hindarkanlah dengan solat 5
waktu, puasa, zakat dan sunnah
Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat
5 waktu, puasa, zakat dan sunnah
Rasulullah. Kubur yang sempit kerana
tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan
sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik
mungkin yang wajib, insyaallah yang
sunat pun akan berkat. Amin.
ANTARA ORANG YANG MENDAPAT
DOA MALAIKAT IALAH:
1. Orang yang tidur dalam keadaan
bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam
pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana
tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu
waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian
yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya:
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat
berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang)
yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada
solat berjemaah (tidak membiarkan
kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat selalu berselawat kepada orang
yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan
‘amin’ ketika seorang imam selesai
membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai),
ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana
sesiapa yang ucapannya itu bertepatan
dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya
selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu
berselawat kepada satu antara kalian
selama ia ada di dalam tempat solat,
dimana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh
dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat
solat Subuh lalu malaikat (yang
menyertai hamba) pada malam hari
(yang sudah bertugas malam hari
hingga Subuh) naik (ke langit) dan
malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat
Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat
yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal lalu Allah bertanya kepada
mereka: “Bagai mana kalian
meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang
sedangkan mereka sedang melakukan
solat dan kami tinggalkan mereka
sedangkan mereka sedang melakukan
solat, ampunilah mereka pada hari
kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya
tanpa pengetahuan orang yang
didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya
yang dilakukan tanpa pengetahuan orang
yang didoakannya adalah doa yang akan
dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya,
setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu
berkata ‘aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali
setiap hari untuk seluruh muslimin dan
muslimat.
9 . Orang yang membelanjakan harta
(infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi
harinya seorang hamba ada padanya
kecuali dua malaikat turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya
Allah, berikanlah ganti bagi orang yang
berinfak…’ “
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang
yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk
(melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk
saudaranya kecuali Allah akan mengutus
70,000 malaikat untuknya yang akan
berselawat kepadanya di waktu siang
hingga petang dan di waktu malam
hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa
malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai
sama. InsyaAllah.
'TAKUT KEPADA ALLAH.'
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan
malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi
atas apa-apa yg dilakukan oleh manusia. Baik @
buruk, taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota
badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi
kesaksian bagi mukmin & zahid, seraya berkata,
"Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji & berjihad di
atasku." Maka legalah org mukmin & zahid itu. Ia
memberikan juga kesaksian atas org kafir & org
derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah
musyrik, berzina, minum arak dan makan
haram." Bumi itu akan membantah
pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg takut kpd Allah &
seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-
Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kpd Allah
itu kelihatan dlm 7 perkara."
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan drp
dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual
kosong & banyak bercakap. Malah
menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-
Qur'an & muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa
permusuhan, kebodohan & kedengkian
terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian
dpt menghapuskan kebaikan. Sebagaimana
Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu
dapat memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad
itu penyakit hati yg amat berbahaya. Tidak ada
ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu &
amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka
memandang pd makanan, minuman, pakaian
@ hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pd
dunia. Tetapi dia memandangnya dgn
mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah
bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya
dgn perkara haram, maka Allah akan
memenuhinya drp api pd hari Kiamat."
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi
barang yg haram. Itu dosa besar.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; "
Manakala sesuap drp barang haram masuk ke
perut seseorg, maka seluruh Malaikat di langit
& di bumi melaknatinya selama sesuai @
seteguk barang itu berada di dalam perutnya.
Jika dia mati dlm keadaan demikian, maka
tempatnya di Neraka."
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak
menggunakan untuk perkara yg haram.
Tetapi hanya menggunakannya utk taat kpd
Allah. Dirawikan drp Ka'ab Akhbar, dia
berkata; "Sesungguhnya Allah SWT tlh
menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di
dalamnya terdpt 72 ribu aula. Setiap aula
terdpt 70 ribu pondok. Tidak ada yg blh
masuk ke situ, selain org yg ditawarkn barang
haram, namun dia menolaknya krn takut kpd
Allah."
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan
utk maksiat. Tetapi hanya melangkah utk taat
kpd Allah, mencari keredhaanNya serta utk
bergaul dgn para ulama, org-org soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan
ketaatannya semata-mata utk mencari
keredhaan Allah. Takut pd riak & munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka
dia termasuk dlm katogeri org-org yg dikatakan
oleh Allah SWT;
"Sesungguhnya org-org yg bertaqwa dlm
kebun-kebun & mata air (Syurga)."
Abdul Aziz Ar-Ra'uuf
“Seorang mukmin mestinya sedih setiap pagi dan sore, dan tak ada yang lebih pantas baginya selain itu.
Itu karena dirinya senantiasa dihimpit dua kekhawatiran; dosa dimasa
lalu, yang ia tak tahu apa yang akan diperbuat Allah terhadapnya, dan
umur yang tersisa, yang ia tak tahu dosa besar apa yang bakal
diperbuatnya.” (Hasan al-Bashri Rahimahullah)
'TAKUT KEPADA ALLAH.'
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan
malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi
atas apa-apa yg dilakukan oleh manusia. Baik @
buruk, taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota
badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi
kesaksian bagi mukmin & zahid, seraya berkata,
"Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji & berjihad di
atasku." Maka legalah org mukmin & zahid itu. Ia
memberikan juga kesaksian atas org kafir & org
derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah
musyrik, berzina, minum arak dan makan
haram." Bumi itu akan membantah
pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg takut kpd Allah &
seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-
Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kpd Allah
itu kelihatan dlm 7 perkara."
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan drp
dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual
kosong & banyak bercakap. Malah
menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-
Qur'an & muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa
permusuhan, kebodohan & kedengkian
terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian
dpt menghapuskan kebaikan. Sebagaimana
Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu
dapat memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad
itu penyakit hati yg amat berbahaya. Tidak ada
ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu &
amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka
memandang pd makanan, minuman, pakaian
@ hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pd
dunia. Tetapi dia memandangnya dgn
mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah
bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya
dgn perkara haram, maka Allah akan
memenuhinya drp api pd hari Kiamat."
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi
barang yg haram. Itu dosa besar.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; "
Manakala sesuap drp barang haram masuk ke
perut seseorg, maka seluruh Malaikat di langit
& di bumi melaknatinya selama sesuai @
seteguk barang itu berada di dalam perutnya.
Jika dia mati dlm keadaan demikian, maka
tempatnya di Neraka."
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak
menggunakan untuk perkara yg haram.
Tetapi hanya menggunakannya utk taat kpd
Allah. Dirawikan drp Ka'ab Akhbar, dia
berkata; "Sesungguhnya Allah SWT tlh
menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di
dalamnya terdpt 72 ribu aula. Setiap aula
terdpt 70 ribu pondok. Tidak ada yg blh
masuk ke situ, selain org yg ditawarkn barang
haram, namun dia menolaknya krn takut kpd
Allah."
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan
utk maksiat. Tetapi hanya melangkah utk taat
kpd Allah, mencari keredhaanNya serta utk
bergaul dgn para ulama, org-org soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan
ketaatannya semata-mata utk mencari
keredhaan Allah. Takut pd riak & munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka
dia termasuk dlm katogeri org-org yg dikatakan
oleh Allah SWT;
"Sesungguhnya org-org yg bertaqwa dlm
kebun-kebun & mata air (Syurga)."
Abdul Aziz Ar-Ra'uuf
“Seorang mukmin mestinya sedih setiap pagi dan sore, dan tak ada yang lebih pantas baginya selain itu.
Itu karena dirinya senantiasa dihimpit dua kekhawatiran; dosa dimasa lalu, yang ia tak tahu apa yang akan diperbuat Allah terhadapnya, dan umur yang tersisa, yang ia tak tahu dosa besar apa yang bakal diperbuatnya.” (Hasan al-Bashri Rahimahullah)
Itu karena dirinya senantiasa dihimpit dua kekhawatiran; dosa dimasa lalu, yang ia tak tahu apa yang akan diperbuat Allah terhadapnya, dan umur yang tersisa, yang ia tak tahu dosa besar apa yang bakal diperbuatnya.” (Hasan al-Bashri Rahimahullah)