Khamis, 12 Januari 2012

'TAKUT KEPADA ALLAH.'

Aldrin Nur AL Qarin

'TAKUT KEPADA ALLAH.'

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan
malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi
atas apa-apa yg dilakukan oleh manusia. Baik @
buruk, taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota
badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi
kesaksian bagi mukmin & zahid, seraya berkata,
"Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji & berjihad di
atasku." Maka legalah org mukmin & zahid itu. Ia
memberikan juga kesaksian atas org kafir & org
derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah
musyrik, berzina, minum arak dan makan
haram." Bumi itu akan membantah
pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg takut kpd Allah &
seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-
Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kpd Allah
itu kelihatan dlm 7 perkara."
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan drp
dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual
kosong & banyak bercakap. Malah
menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-
Qur'an & muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa
permusuhan, kebodohan & kedengkian
terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian
dpt menghapuskan kebaikan. Sebagaimana
Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu
dapat memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad
itu penyakit hati yg amat berbahaya. Tidak ada
ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu &
amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka
memandang pd makanan, minuman, pakaian
@ hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pd
dunia. Tetapi dia memandangnya dgn
mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah
bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya
dgn perkara haram, maka Allah akan
memenuhinya drp api pd hari Kiamat."
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi
barang yg haram. Itu dosa besar.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; "
Manakala sesuap drp barang haram masuk ke
perut seseorg, maka seluruh Malaikat di langit
& di bumi melaknatinya selama sesuai @
seteguk barang itu berada di dalam perutnya.
Jika dia mati dlm keadaan demikian, maka
tempatnya di Neraka."
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak
menggunakan untuk perkara yg haram.
Tetapi hanya menggunakannya utk taat kpd
Allah. Dirawikan drp Ka'ab Akhbar, dia
berkata; "Sesungguhnya Allah SWT tlh
menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di
dalamnya terdpt 72 ribu aula. Setiap aula
terdpt 70 ribu pondok. Tidak ada yg blh
masuk ke situ, selain org yg ditawarkn barang
haram, namun dia menolaknya krn takut kpd
Allah."
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan
utk maksiat. Tetapi hanya melangkah utk taat
kpd Allah, mencari keredhaanNya serta utk
bergaul dgn para ulama, org-org soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan
ketaatannya semata-mata utk mencari
keredhaan Allah. Takut pd riak & munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka
dia termasuk dlm katogeri org-org yg dikatakan
oleh Allah SWT;
"Sesungguhnya org-org yg bertaqwa dlm
kebun-kebun & mata air (Syurga)."
 
Abdul Aziz Ar-Ra'uuf 

“Seorang mukmin mestinya sedih setiap pagi dan sore, dan tak ada yang lebih pantas baginya selain itu.
Itu karena dirinya senantiasa dihimpit dua kekhawatiran; dosa dimasa lalu, yang ia tak tahu apa yang akan diperbuat Allah terhadapnya, dan umur yang tersisa, yang ia tak tahu dosa besar apa yang bakal diperbuatnya.” (Hasan al-Bashri Rahimahullah)