Ahad, 12 Februari 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT.


Solat sunat taubat ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
'Mana-mana orang yang berbuat dosa kemudian segera bergerak(sedar) dan berwuduk kemudian solat lalu memohon keampunan kepada Allah swt,pasti Allah akan memberikan keampunan baginya.Setelah itu 
dibacanya ayat ini:
Mereka yang pernah mengerjakan kejahatan atau telah berbuat dosa terhadap... dirinya sendiri lalu mereka segera ingat kepada Allah swt,terus memohon keampunan kepada Allah swt pasti Allah akan memberikan keampunan kepada baginya.Setelah itu dibacanya ayat ini:Mereka yang pernah mengerjakan kejahatan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri,lalu mereka segera ingat kepada Allah swt,terus memohon keampunan atas dosanya.Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah swt.Sudah itu mereka insaf dan sedar bahawa mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa seperti sudah-sudah,maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir sungai-sungai di situlah tempat mereka kekal abadi.'  Bilangan rakaat solat sunat taubat ini tidak terbatas.Tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu mengerjakan tidak terikat.
 
Lafaz niat:
'Ushalli sunnata taubati rakaataini lillahi ta'ala.'
...
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah,sesudah itu ayat Kursi sebanyak 11 kali. 
Pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah.Sesudah itu surah Al-Ikhlas sebanyaj 11 kali.Ketika sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah baca pula:
'Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minal zholimin. 
Maksudnya,
'Tidak ada Tuhan melainkan Engkau,Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya.'(baca sebanyak 40 kali)  
Sesudah memberi salam bacalah doa:
'Allahumma anta rabbi lailahailla anta,khalaqtani wa'ana abduka wa'ana ala ahdika wawadika mastatahtu,a'uzu bika min syarri ma shanahtu a'buu laka binihmatika alayya wa'abuu bizanbi fagfirli fainnahu layagfiru zunuba illa anta.' 
Maksudnya,
'Ya Allah,Engkaulah Tuhan kami,tidak ada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku,dan akulah hamba-Mu.Dan aku pun dalam ketentuan serta janji-Mu sedapat mungkin aku lakukan.Aku mohon perlindung kepada-Mu daripada segala kejahatan yang telah Engkau limpahkan kepadaku,aku mengakui dosaku,kerana itu berilah ampunan kepadaku,sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan,kecuali hanya Engkau sendiri.Aku memohon perlindungan daripada segala kejahatan apa yang dilakukan'.