Khamis, 2 Februari 2012

PANDANGAN KALI KEDUA PADA WANITA.

Setiap hari pandangan mata kita tetap akan memandang perkara-perkara yang mendatangkan dosa.
Bagi kaum Adam pula,ada segelintir yang tidak mampu menahan pandangan mata mereka terhadap kaum Hawa.Pasti akan tetap memandang kedua kali pada wanita.Ketahuilah,Rasulullah s.a.w melarang memandang wanita untuk kedua kalinya.Termasuklah memandang secara lama dengan disertai keinginan hati.Setelah itu bagi mereka yang tidak dapat menahan nafsu berkemungkinan akan mendorong mata merayapkan pandangan kepada sesuatu yang haram,bukan yang halal dan ketahuilah sesungguhnya perkara ini tergolong dalam dosa kecil.
Pada zaman sekarang perkara sebegini ada segelintir yang akan melakukan perkara ini berulang kali.
Yang akhirnya boleh mengakibatkan terjebak dalam dosa besar. Inilah yang dilarang oleh kita.Memandang akan sesuatu diperbolehkan asalkan tanpa dorongan atau tujuan apa-apa atau selain sekadar memandang atau hanya memandang sesuai dengan fungsi dan kegunaan sebenar mata manusia.
Mempergunakan mata memang hak terhadap pemiliknya,namun bukan sampai terdorong menjadi haram.Pandangan yang dilarang, adalah apabila disertai keinginan, bisikan hati telah muncul mengikut pandangan matanya. Lalu akan disusuli dengan pandangan kedua yang demikian itu merbahaya dan berdosa. Pandangan pertama yang tanpa tujuan dan niat apa-apa diperbolehkan.Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w bersabda:'Janganlah kamu ikuti pandangan kedua.Untuk kamu hanya pandangan pertama yang diperbolehkan dan tidak ada pandangan yang kedua kalinya.'