AMANAT ALLAH SWT
Dalam surah Al Ahzab ayat 72,Allah swt berfirman,maksudnya:
'Sesungguhnya telah Kami amanatkan kepada langit,bumi dan gunung-ganang
lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya,kemudian amanat itu
dipikul oleh manusia.'
...
Ketahuilah sahabat dan juga sebagai peringatan buat diriku sendiri
bahawa pengertian amanat yang dimaksudkan adalah perintah taat yang
mempunyai akibat pahala dan dosa(seksa).Menurut Al-Qurthubi diertikan
sebagai agama,sedang Ibnu Mas'ud membatasinya kepada soal harta.Malah
kata Abu Darda,mandi jinabat pun termasuk amanat.Tapi kata Ibnu Umar
berkata awal mula yang diciptakan Allah bagi manusia adalah farajnya dan
itu merupakan amanat yang mesti digunakan secara benar.Jika engkau
menjaganya ia akan menjagamu.Bahkan faraj,telinga,mata,perut,tangan dan kaki semuanya adalah amanat.Tidak beriman bagi orang yang tidak punya amanat.
Didalam,
K-Kemanakah
E-Engkaukan
H-Halakan
I-Impianmu
D-Dalam
U-Utusan
P-Panggilan-Nya
A-Akhir
N-Nanti
Al-Hasan telah berkata,
'Allah swt menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung seraya
berkata,'Jika kau laksanakan dengan baik dapat pahala,jika tidak maka
diseksa.'Lalu mereka berkata,'Kami tidak menyanggupinya.'
Mujahid
berkata,'Ketika Allah swt menciptakan Adam as,ditawarkan amanat itu
padanya.Penawaran kepada langit,bumi dan gunung adalah penawaran
pemilihan.Bukan penetap...an.Sedangkan
penawaran kepada Adam adalah penawaran penetapan.Al-Qoffal dan lainya
berkata,'Penawaran dalam ayat tersebut iaitu dalam surah Al Ahzab ayat
72 adalah sesuatu yang indah.Di mana langit,bumi dan gunung,meskipun
besar tidak sanggup menerima amanat itu,namun manusia menyanggupinya.
'Sesungguhnya dia(manusia) itu zalim dan bodoh.'(Al Ahzab:72)
Didalam,
U-Usahakanlah
S-Sebaiknya
I-Iman
A-Anda
Ibnu
Abbas berkata,
'Amanat itu ditawarkan kepada Adam.'Dikatakan
kepadanya,'Jika kau taat,diampuni.Jika derhaka,kau akan diseksa.'Adammenjawab,'Aku menerimanya.'Namun dalam jarak kira-kira Asar hingga malam
hari itu juga,Adam as telah melanggar perintah.Dia makan buah
khuldi.Amanat merupakan manifestasi dari iman.Siapa menjaga amanat Allah
swt tentu Allah menjaga keimanannya.
Ra...sulullah s.a.w bersabda:
'Tidak akan beriman bagi orang yang beramanat dan tidak ada agama bagi orang yang tidak ada janji baginya.'
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Dicap mukmin setiap orang yang tidak berkhianat dan dusta.'
Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w:
'Umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanat dan menggadaikan kejujuran.'
Dan baginda juga bersabda:
'Sampaikan amanat kepada orang yang mempercayaimu dan jangan mengkhianati orang yang mengkhianatimu.'
Didalam,
H-Hati
A-Adalah
T-Tingkahlaku
I-Insan
'Dalam hati ada taqwa. .Gunakan akal untuk memikirkan terlebih dahulu akan akibatnya sebelum melakukan sesuatu perkara.'
Dalam 'Zahrur Riyadh' disebutkan:
Pada hari Kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah swt.Allah swt
berkata,
'Apakah engkau menyampaikan amanat kepada si fulan?'Hamba itu
menjawab,'Tidak,Ya Tuhanku.'
...
Kemudian Allah swt memerintahkan Malaikat menyeret dan melemparkannya
ke Neraka Jahanam.Ia melihat amanat dalam Jahanam,maka dia terjun ke
situ selama 70 puluh tahun sampai ketengahnya.Kemudian dia naik membawa
amanat.Ketika sampai di atas kakinya terpelecet dan jatuh lagi.Lalu naik
dan jatuh lagi sampai mendapat kemurahan Tuhannya berkat syafaat
Rasulullah s.a.w sehingga yang mempunyai amanat merelakannya.
Begitulah sedikit gambaran seksaan terhadap manusia yang tidak menjaga amanat.Renung-renungkanlah.