End Justice
Abu
Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar
dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh
tempat" :-
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit Sampai hari
Kiamat
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai Hari
Kiamat
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang
akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
~KISAH TMPAT TINGGAL ROH~
Laksanakan
4 perkara supaya kita terselamat dari seksaan kubur dan moga ketika
kita mati, kita dimatikan dalam situasi yang baik-baik bukan dalam
kemalangan atau dalam tragedi buruk yang tak disangka-sangka.
Laksanakan 4 perkara berikut:
1.Banyak bersedekah.
2.Menjaga waktu sembahyang.
3.Kerajinan membaca Al-Quran lalu memahami isi kandungannya.
4.Kerajinan bertasbih dan berzikir (dapat menerangkan dan melapangkan kubur yang akan kita diami nanti).
Tinggalkan:
1.Sikap suka berdusta, membuat-membuat cerita dan sikap berbohong.
2.Sikap khianat, mungkir janji.
3.Sikap suka mengadu-ngadu.
4.sikap suka membuang air kecil sembarangan, terutama orang lelaki.
kelebihan Umat-Umat Rasulullah S.A.W. Menurut Pandangan Nabi Adam A.s
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang
tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada
Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat
Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T
memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada
Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.
Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan
isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah
S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad
S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila
mereka bertaubat kepada Allah S.A.W
~10
JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT~Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang
tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi
cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan
jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Mayat Bangun Dari Kubur
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas
izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas
izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya
untuk menunjukkan kebesarannya.Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa
boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka
masih menyangkalnya. "Sesungguhnya
engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan
memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika
kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata
: "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya."Cuba hidupkan Sam dan
Nuh," kata mereka.Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah
bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah
menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama
meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan
rambutnya sudah memutih.Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa
bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu
menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah
tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun,
tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat
mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir
Manusia Berhadapan Dengan Enam Persimpangan
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa
di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu
dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di
atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa
mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu
supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan
dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya,
sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga
serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis,
maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka
hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya,
maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka
hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota
tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.Dan siapa yang memenuhi ajakan
Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia
memperolehi semua kebaikan."Iblis adalah musuh manusia, sementara
manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa
berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.....